Thursday, 7 July 2011

Tadika Pon Ada Orang Nak Serang

30 murid, empat guru hadapi episod ngeri 7 jam jadi tebusan penagih dadah

MUAR: Isyarat dan aksi mencurigakan yang ditunjukkan empat guru yang ketika itu ditawan seorang lelaki bersenjata parang dan tukul bersama 30 murid tadika Serikids di sini, pagi semalam, menyelamatkan mereka apabila ibu bapa yang menyedari isyarat itu menghubungi polis.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan selama enam jam bagi menyelamatkan mereka dan berjaya menembak lelaki yang dipercayai penagih dadah itu.
Lelaki terbabit yang cedera parah di kepala dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar untuk menerima rawatan dan mati pada jam 9.15 malam tadi.
Kejadian di Taman Sungai Abong Cemerlang kira-kira jam 9.45 pagi itu, berakhir tepat jam 3.41 petang, selepas sepasukan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis menyerbu masuk tadika terbabit selepas lelaki itu enggan menyerah diri.

Lelaki itu disyaki orang yang sama dalam serangan dua tadika di bandar ini, menggunakan tukul besi pada Mac tahun lalu dan Januari 2009, menyebabkan tiga murid cedera parah berikutan modus operandinya sama.

Dalam kejadian semalam, suspek dipercayai menceroboh tadika itu dengan memanjat pagar sebelum mengugut dan mengurung semua mangsa dalam sebuah bilik di tingkat atas banglo tadika berkenaan. Suspek kemudian mengunci semua pintu rumah menggunakan mangga yang dibawanya sendiri.

Kejadian itu disedari ibu bapa yang mahu menghantar anak mereka ke tadika itu, sebaliknya disuruh membawa anak mereka pulang selain memberi isyarat dan menunjukkan aksi mencurigakan dan memberi alasan semua pintu tadika berkunci. 
Curiga dengan alasan itu kerana biasanya semua guru di situ mesra, ibu bapa berkenaan menghubungi polis. Sepasukan anggota polis dihantar membuat pemeriksaan kira-kira jam 10 pagi, mendapati 34 mangsa menjadi tebusan seorang lelaki di dalam banglo berkenaan.

Polis cuba berbincang dan memujuk suspek supaya membebaskan semua mangsa tetapi tidak berhasil, menyebabkan anggota UTK dihantar ke tempat kejadian bagi membantu usaha membebaskan semua tebusan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata usaha memujuk yang turut disertai dua saudara lelaki itu supaya membebaskan semua mangsa tidak berhasil, menyebabkan serbuan terpaksa dilakukan.

"Polis mengambil masa lama untuk menyerbu tadika itu kerana perlu memastikan semua mangsa selamat. Serbuan hanya dibuat selepas mereka dikesan dikumpul dalam sebuah bilik di tingkat atas," katanya.

Katanya, polis terpaksa mengalihkan kira-kira 30 kerusi yang diletakkan suspek pada tangga tadika sebelum disedari lelaki itu yang kemudian menyembur alat pemadam api dan menyerang dengan penukul.

"Berikutan itu, polis melepaskan tembakan menyebabkan suspek terkulai dan segera dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan kritikal," katanya.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil, mengucapkan syabas kepada polis kerana tindakan pantas memberkas penjenayah dan menyelamatkan semua murid dan guru tadika berkenaan.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan polis melepaskan tembakan dilakukan demi kepentingan dan keselamatan kanak-kanak itu.

"Dalam tindakan itu (tembakan), suspek telah menyerang polis yang cuba menyelamatkan kanak-kanak itu sebelum berlaku pergelutan dan tembakan," katanya.


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tawantadika/Article/

Monday, 6 June 2011

Update Laju-laju: Part 2

Pengapit to Kak Sarah!!!
At 1st mendapat tawaran jd pengapit adalah sangat-sangat excited..biasalah kan baru 1st time ni nk jadi pengapit..to Kak Sarah, thanks yer...hihi..so, lets gamabr bercakap je la...hihih

Pengantin sedang bersiap tok nikah..tu mak andam yang cantik!!

abaikan muka yang burul itu...

love this part..huhu...


My Beautiful Kak Sarah...

Muka pengapit pon di make up okeh..huhu..thanks mak andam cantik...

tue die..dah berangan dah..ahaha

Ape-ape pun.. tu Kak Sarah n Abg Iqbal tahniah diucapkan yer..semoga bahgia sehingga ke akhir hayat..amin...


Love Both Of You!!!

-END-

Update Laju-laju: Part 1

Update ni laju-laju dibuat sebab dah lama cte ni n dah basi pon kot..huhu...cte mengenai Kejohanan Balapan dan Padang Prasekolah Peringkat Negeri..lets picture talk k..(boleh ke)..ahaha

Saya mewakili Kontigen Muar Johor..

Cikgu Senior n Me (Junior)

Hero saya..


Hero n Heroin Kontigen Muar sebilik cikgu je ni..

Walau apa pun tahniah diucapkan oleh kontigen Muar sehabis baik mencuba untuk menang tetapi bukan rezeki kan..Kontigen Muar mendapat 3 pingat iaitu emas, perak dan gangsa bagi acara lompat tinggi, lompat jauh..tahniah diucapkan..SYABAS!!!


Monday, 30 May 2011

Maafkan Saya...

Entri ni ditulis sbb sy nk mintak maap ngan GADIS RONA kerana saya tak dapat nk p kenduri kawin Yanie..semua plan sudah dirancang tok kesana..sedangkan baju nk p sana pon dah ditempah tp disebbkan BERKHIDMAT UNTUK NEGARA..sy terpaksa akur dengan arahan..jeles betul tgk gambar2 GADIS RONA berkumpul..teringin, windu yang amat sangat dengan GADIS RONA..teringin peluk cium suma orang..teringin pillow talk bersama sis cantk Iszah..teringin nk manja2 ngan Amie, Ira, Ain, Lieda, Diyana, Ros...........membayangkan diri sendiri di dalam gambar-gambar tersebut...
Saya nak buat pengakuan Ikhlas bahawa saya nk minta maaf kepada GADIS RONA kerana tidak dapat hadir bersama kamu semua..diharap korang tak pk yg aku ni bukan tak nak jumpa korang...sesungguhnya, banyak cerita nk story kat korang n korang tau aku sayang korang semua..
Maafkan saya, Nurul Asyikin binti Zainal..

Act, byk weds yang tak dapat nk hadir masa 28hb tu..kat Batu Pahat lebey kurang 4 rumah kawan-kawan..Naili, Sutrah, Zarith n Nora..im sorry...so, i tgk je la gambar-gambar yang ade..tu yg Cik Totin n En. Muhaimin tag me pix konon2 sy p la wedding yg korang p kan..huhu...
itulah saya di pangkuan Muhaimin..(kononnya) ahahah..boleh plak korang anggap aku anak patung kan..

ni Sutrah..cantik betul la Purple tu...Tahniah Sutrah...

Naili..Tahniah yer...Cantik sangat awak ni...

Zarith..Tahniah for You..!!

Nora & Sani...Tahniah yer...!!!

Lastly, Yanie Raihan...Tahniah Sesangat!!Happy For You..

Kesimpulannya, kepada semua Pengantin-pengantin..SELAMAT PENGANTIN BARU..Semoga Berbahagia sehingga ke anak cucu n cicit dan selamanya..pix2 diatas diambil di FB masing Pengantin dan dr Cik Totin jugak..(tgk pix2 ni, terpk jugak bila la nk nek pelamin...ceceece..)

-End-

Sunday, 29 May 2011

My 1st Entry...

hye korang..tekejut ke tak tekejut tapi itulah hakikatnya yang saya sudah ade blog sendiri..setelah dipaksa selama bertahun2 oleh Cik Totin Jamain..ni la hasilnya selama beberapa jam di rumah Cik Totin...bukan nyer takmo nk blog2 ni tapi kemalasan dan kebusyan yang melanda membuat diri ini sangat malas untuk menaip...hihi..so, ni la 1st entry yang perlu dibuat dahulu sbb Cik Totin Jamain nk tgk jap ag..kalo tak wat, nanti kene halau dr umah die..ahaha (kalo u halau i, nanti u sesorang Cik Totin)....so, 1st entry ni suma perkenalan yang ringan-ringan jer..nanti saya akan update lagi...itu pasti kerana blog ni akan dipantau oleh Cik Totin Jamain..ahaha...next entry nanti sy nk cerita pasal this picture...


Alhamdulillah, hbs jugak 1st entry ni...